About Me

My photo
Bagi yang sudah mengenali aku, diam. Bagi yang belum, selamat berkenalan. Oh ya, aku Zinniara. Kamu?

Sunday, July 25, 2010

Sakitkan kau, aku yang terseksa.


Aku rindu pada kau yang aku damba...
Seperti mana aku pernah mahukan kau untuk aku, sekarang tetap juga sama...

Pernah kau tanya kenapa aku pergi tinggalkan kau sendirian...
Aku ada jawapan pada pertanyaan itu,
cuma aku tak mahu kau tahu...

Aku pergi dari sisi bukan kerana aku membenci...
Aku hanya tak mampu mengerti...
Kasihnya kau pada aku...
Cintanya kau pada aku...

Cuma aku ini jenisnya mahu dimanjakan...
bukan sepanjang masa...
tapi cukuplah kau sekadar pandai mengambil hati...

Kau baik,
tapi kau jelik.

Jelik kerana kau buat aku sakit sampai mati.
Jiwa aku mati..
Tapi kau buat tak mengerti...

Sekarang,
Aku yang tanggung sakit yang aku sendiri cipta.
Sakitkan kau, aku yang terseksa.

Minta kau pulang, kau takkan mahu.

Sumpah.
Sakit sampai mati.

Saturday, July 24, 2010

Dia.


Kelibat itu kembali membuatkan aku rindu...
Rindu yang teramat...

Dengan lirik senyuman yang memikat...
Tapi aku hindar dari terikat..

Perlahan-lahan aku menapak pergi...
Bukan bermakna aku membenci...
Tapi aku tidak mampu untuk memerhati...

Sayupsayup terdengar gemersik suara si dia memanggil...
'haih. hati oh hati. kau perlu kuat. jangan toleh. takkan terubat.'


Sayang, jangan pergi. Terus disini. Di sisi.

Aku terus kaku, membatu diri...
Dan kelopak bibir hangat milik kamu yang aku damba itu...
Singgah di pipi milik aku...
Titisan air jernih tak mampu ku tahan...
Ku biar ianya menitis, perlahan-lahan...


Thursday, July 22, 2010

Dare to....



Dare to live until the very last
Dare to live forget about the past
Dare to live giving something of yourself to others
Even when it seems there's nothing more left to give


Tuesday, July 6, 2010

Selamat Kembali

Sudah lama tidak berblogging...
Bukan kerana lupa tetapi hanya sibuk kepada hal-hal yang lebih penting...

Oh ya, Aku sudah berada di semester dua.
Alhamdulillah, keputusan peperiksaan baik-baik sahaja.

Tidak lambat untuk aku mengucapkan Selamat Kembali Belajar kepada mereka-mereka yang menyambung pelajaran.
Kepada sesiapa yang tidak mendapat tempat di mana-mana tempat yang kamu inginkan, jangan putus asa.
Cuba lagi di kemudian hari.
Rezeki ada dimana-mana asalkan kamu berusaha.
:)