About Me

My photo
Bagi yang sudah mengenali aku, diam. Bagi yang belum, selamat berkenalan. Oh ya, aku Zinniara. Kamu?

Sunday, July 25, 2010

Sakitkan kau, aku yang terseksa.


Aku rindu pada kau yang aku damba...
Seperti mana aku pernah mahukan kau untuk aku, sekarang tetap juga sama...

Pernah kau tanya kenapa aku pergi tinggalkan kau sendirian...
Aku ada jawapan pada pertanyaan itu,
cuma aku tak mahu kau tahu...

Aku pergi dari sisi bukan kerana aku membenci...
Aku hanya tak mampu mengerti...
Kasihnya kau pada aku...
Cintanya kau pada aku...

Cuma aku ini jenisnya mahu dimanjakan...
bukan sepanjang masa...
tapi cukuplah kau sekadar pandai mengambil hati...

Kau baik,
tapi kau jelik.

Jelik kerana kau buat aku sakit sampai mati.
Jiwa aku mati..
Tapi kau buat tak mengerti...

Sekarang,
Aku yang tanggung sakit yang aku sendiri cipta.
Sakitkan kau, aku yang terseksa.

Minta kau pulang, kau takkan mahu.

Sumpah.
Sakit sampai mati.

0 comments:

Post a Comment