About Me

My photo
Bagi yang sudah mengenali aku, diam. Bagi yang belum, selamat berkenalan. Oh ya, aku Zinniara. Kamu?

Tuesday, December 28, 2010

Aduka I


Dulu-dulu...
Awak cikgu saya. Saya benci sangat kat awak. Sebab awak kerek. Ingat bagus sangat ke awak tu? Sakit hati tau ingat perangai awak.

Bila dah benci, boleh pulak jumpa awak hari-hari dalam kem tue. PT pagi ada muka awak. Sarapan pagi ada muka awak. Makan tengahari ada muka awak. Senaman petang ada muka awak. Haih. Tak tahu nak cakap apa dah masa tue.

Tapi bila terpandang muka awak yang tengah senyum masa tengah kawad tu, terus saya rasa lain macam. Ishk... Jatuh hati ke? DupDapDupDap je. Tapi saya buat tak tahu sebab awak maintain ngan kerek awak. Masa tu awak sibuk dengan Ketua Wirawati je. Ececeh, wirawati tu sepupu saya juga sbenarnya. Cuma tak rapat.

Bila awak ambil alih tugas Jurulatih Company saya tu, saya lagi DupDapDupDap. Ahhh sudah.. malapetaka apa pulak kalau asyik rasa macamni. Masih lagi, saya maintain buat kerek balik kat awak. Jumpa awak tak pernah nak senyum. Padahal KJ dah pesan, jumpa mana-mana Jurulatih, sila hormat. Tapi saya degil. Saya tak kisah kalau saya kena hukum. Sebab memang saya sakit hati kat awak sangat.

TupTup...
Awak dah tiada dalam kem tu. Puas saya cari, tapi masih juga tak jumpa. Mana awak pergi?? Dah la tak buat pengumuman dalam kem tu. Oh lupa, mesti awak beritahu pada Ketua Wirawati tu kan? Takpe... Tak kisah. Sekurangnya saya tak payah la nak tengok muka awak hari-hari. Aman hidup saya.

Tapikan...
Saya silap. Saya asyik fikirkan awak je. *padan muka saya kan??* Haaaa~ Betul la tu. Perkara yang saya nak jauhkan dah pun terjadi. Huuuu~ Saya rindu awak la.... Saya buat muka tak malu je cari nombor telefon bimbit awak. Saya tak ingat dekat siapa saya dapat no fon awak. Tapi rasanya macam kat Ketua Wirawati tue.

Tapi....
Jangan harap la saya nak berhubung dengan awak terus. Saya peram nombor telefon awak tu tau. Peram sampai masak ranum. Sebab saya tak berani nak berhubung dengan awak. Yela, dulu-dulu eksen sangat. Sekarang padan muka.


Gapai tangan ini cepat-cepat. Biar terasa sampai ke hati. Biar kekal bersemadi.
*ehem-ehem*

0 comments:

Post a Comment