About Me

My photo
Bagi yang sudah mengenali aku, diam. Bagi yang belum, selamat berkenalan. Oh ya, aku Zinniara. Kamu?
Showing posts with label Celupar. Show all posts
Showing posts with label Celupar. Show all posts

Friday, January 15, 2010

Abai diri, Makan hati

simpan diamdiam, eraterat...
agar tiada siapa pun yang akan tahu...

tahu akan perasaan kamu...
idea kamu...
sayang dan kasih kamu...
atau mungkin juga cinta kamu...

simpan dan buang jauhjauh...
jauh hingga ke hujung dunia...
atau lenyap di telan segitiga bermuda...
agar kau akan hilangkan semua rasa yang memegang erat dirimu....




Sunday, January 10, 2010

Sialan diri yang tiada henti

duduk diamdiam dalam sengsara itu...
kerana itu yang kau harapkan...
langsung tidak memikirkan kehendak dan keperluan diri....
asyik berada di takuk lama...
sampai bila?
sampai mati!

cukup pandai untuk memberi katakata nasihat pada orang lain tetapi tidak pernah pun kau memberi dorongan pada diri sendiri.

sungguh sial kamu ini!



Tuesday, December 29, 2009

keenakkan yang menjelekkan.


rasa yang enak itu seperti sedikit demi sedikit pergi dari aku.
rasa yang menjelekkan pula seringkali ingin mendampingi aku.

pergi jauhjauh...
seakan-akan aku tidak akan pernah kembali...
sakit bila ada..
perit jika tiada....

Friday, December 25, 2009

Derhakakah aku kerana hanya ingin memberikan kesenangan kepadamu?

Maafkan aku wahai abah...
bukan niat di hati untuk melukakan hatimu dengan herdikan itu..
tapi aku betulbetul kecil hati dengan kamu...
pulang lewat bererti aku sedang bekerja...
bukannya menyundal....

aku tahu bahasa aku memang kasar...
tapi kau juga tidak patut mengeluarkan intonasi yang begitu...
aku mencari rezeki dengan harapan aku boleh mengurangkan beban yang umi dan engkau tanggung....
bukannya menyakiti hatimu...

setinggi manapun suara aku padamu...
aku tetap sayang kan kamu....
aku tahu dosa itu tetap milik aku...
tapi percayalah...
aku buat semua itu sematamata ingin menyenangkan kamu...
tiada niat yang lain...

Pegang pada janjiku, aku akan menyenangkan kamu berdua dengan sekecilkecil harta hasil titik peluhku... Pegang janji ini sampai mati...


Tuesday, December 22, 2009

Aku kembali

Semangat yang berbalam-balam...
makin kelam...
makin hilang..

Dan kini....
Aku cuba bangkit dari kecelakaan yang membabikan...

Dan aku berterima kasih pada teman yang sudi menjengah ke zine aku...
zine yang aku kira penuh dengan benda yang bukan2...
zine yang penuh dengan perangai keanak-anakkan...

dan kini..
Aku kembali.


Monday, July 6, 2009

Kesedaran diri yang makin pudar

Boleh sedar diri??
Sedar diri bahawa kamu adalah tuan empunya tempat aku bertumpang teduh ketika ini...
bukan kamu yang menumpang...
Aku...
Ya, aku...

Boleh sedar diri??
Yang bukan kamu sahaja mengalami kepenatan hampir mati....
Aku juga begitu...
Setelah menaiki kenderaan awam yang agak menyakitkan badan dan hati...
tambahan pula pada kehadiran orang yang lambat menepati...
sakit hati bukan??

Boleh sedar diri??
Jangan la sesampainya kamu di teduhan ini...
terus-terusan bertanya..
"Hey, masak apa hari ini?? Lapar la"...
Dalam hati hanya menyumpah....
kamu si tuan rumah....
soalan sebegitu pula yang kau lontar kepada aku??

Selama aku menumpang di teduhan milik kamu...
Berapa kali sahaja kamu menyiapkan makan-makan milik keluarga kamu...
Hey, boleh dibilang dengan jari ya...

Tolonglah...
Tolong sedar diri....
Kamu bukan si anak kecil yang harus di suap setiap hari...
Aku letih...
Bila aku menegur,
Kamu melarikan diri..

Mahu makan penampar sulung dari aku??

Monday, June 15, 2009

Vile



keji yang amat sangat pabila engkau hipokrit...
keji juga jika kau seorang yang hanya pandai mempergunakan emosi orang lain semata-mata untuk kepuasan hatimu..

Namun satu yang tidak kau sedari...
sekeji-keji dirimu...
Ada seseorang yang bisa membuatkan kamu tergamam...
terpaku kerna kamu akan menyesali ap yang telah kamu lakukan....

buang sifat keji itu dari kamu jauh-jauh...
jangan sampai sifat itu menjadi darah daging dalam tubuhmu...