About Me

My photo
Bagi yang sudah mengenali aku, diam. Bagi yang belum, selamat berkenalan. Oh ya, aku Zinniara. Kamu?

Wednesday, December 23, 2009

Kakak, sayang aku pada kau;sampai mati.

sayang aku pada kamu sampai mati...
walau kita samasama tidak pernah bersua muka...
tapi aku yakin,
sayang kau tiada tandingan...


Tuesday, December 22, 2009

Aku kembali

Semangat yang berbalam-balam...
makin kelam...
makin hilang..

Dan kini....
Aku cuba bangkit dari kecelakaan yang membabikan...

Dan aku berterima kasih pada teman yang sudi menjengah ke zine aku...
zine yang aku kira penuh dengan benda yang bukan2...
zine yang penuh dengan perangai keanak-anakkan...

dan kini..
Aku kembali.


Monday, July 6, 2009

Kesedaran diri yang makin pudar

Boleh sedar diri??
Sedar diri bahawa kamu adalah tuan empunya tempat aku bertumpang teduh ketika ini...
bukan kamu yang menumpang...
Aku...
Ya, aku...

Boleh sedar diri??
Yang bukan kamu sahaja mengalami kepenatan hampir mati....
Aku juga begitu...
Setelah menaiki kenderaan awam yang agak menyakitkan badan dan hati...
tambahan pula pada kehadiran orang yang lambat menepati...
sakit hati bukan??

Boleh sedar diri??
Jangan la sesampainya kamu di teduhan ini...
terus-terusan bertanya..
"Hey, masak apa hari ini?? Lapar la"...
Dalam hati hanya menyumpah....
kamu si tuan rumah....
soalan sebegitu pula yang kau lontar kepada aku??

Selama aku menumpang di teduhan milik kamu...
Berapa kali sahaja kamu menyiapkan makan-makan milik keluarga kamu...
Hey, boleh dibilang dengan jari ya...

Tolonglah...
Tolong sedar diri....
Kamu bukan si anak kecil yang harus di suap setiap hari...
Aku letih...
Bila aku menegur,
Kamu melarikan diri..

Mahu makan penampar sulung dari aku??