About Me

My photo
Bagi yang sudah mengenali aku, diam. Bagi yang belum, selamat berkenalan. Oh ya, aku Zinniara. Kamu?

Tuesday, December 28, 2010

Aduka I


Dulu-dulu...
Awak cikgu saya. Saya benci sangat kat awak. Sebab awak kerek. Ingat bagus sangat ke awak tu? Sakit hati tau ingat perangai awak.

Bila dah benci, boleh pulak jumpa awak hari-hari dalam kem tue. PT pagi ada muka awak. Sarapan pagi ada muka awak. Makan tengahari ada muka awak. Senaman petang ada muka awak. Haih. Tak tahu nak cakap apa dah masa tue.

Tapi bila terpandang muka awak yang tengah senyum masa tengah kawad tu, terus saya rasa lain macam. Ishk... Jatuh hati ke? DupDapDupDap je. Tapi saya buat tak tahu sebab awak maintain ngan kerek awak. Masa tu awak sibuk dengan Ketua Wirawati je. Ececeh, wirawati tu sepupu saya juga sbenarnya. Cuma tak rapat.

Bila awak ambil alih tugas Jurulatih Company saya tu, saya lagi DupDapDupDap. Ahhh sudah.. malapetaka apa pulak kalau asyik rasa macamni. Masih lagi, saya maintain buat kerek balik kat awak. Jumpa awak tak pernah nak senyum. Padahal KJ dah pesan, jumpa mana-mana Jurulatih, sila hormat. Tapi saya degil. Saya tak kisah kalau saya kena hukum. Sebab memang saya sakit hati kat awak sangat.

TupTup...
Awak dah tiada dalam kem tu. Puas saya cari, tapi masih juga tak jumpa. Mana awak pergi?? Dah la tak buat pengumuman dalam kem tu. Oh lupa, mesti awak beritahu pada Ketua Wirawati tu kan? Takpe... Tak kisah. Sekurangnya saya tak payah la nak tengok muka awak hari-hari. Aman hidup saya.

Tapikan...
Saya silap. Saya asyik fikirkan awak je. *padan muka saya kan??* Haaaa~ Betul la tu. Perkara yang saya nak jauhkan dah pun terjadi. Huuuu~ Saya rindu awak la.... Saya buat muka tak malu je cari nombor telefon bimbit awak. Saya tak ingat dekat siapa saya dapat no fon awak. Tapi rasanya macam kat Ketua Wirawati tue.

Tapi....
Jangan harap la saya nak berhubung dengan awak terus. Saya peram nombor telefon awak tu tau. Peram sampai masak ranum. Sebab saya tak berani nak berhubung dengan awak. Yela, dulu-dulu eksen sangat. Sekarang padan muka.


Gapai tangan ini cepat-cepat. Biar terasa sampai ke hati. Biar kekal bersemadi.
*ehem-ehem*

Thursday, August 12, 2010

Aduka


Aduka yang satu itu....
Aku mimpikan kita bersatu...

Tapi,
tiap kali itu jugalah kau hanya seperti bermain tali...

Sakit.
Kau apa tahu.

Mahal benar kata yang satu itu....
Berlian permata ayat-ayat yang aku inginkan itu...

Sampai aku perlu merayu damba pada kau, aduka?

Aduhai kanda...
Kau takkan pernah mengerti apa yang aku rasakan ini...

Sedih...
Pilu di hati aku tanggung sendiri..


Sunday, July 25, 2010

Sakitkan kau, aku yang terseksa.


Aku rindu pada kau yang aku damba...
Seperti mana aku pernah mahukan kau untuk aku, sekarang tetap juga sama...

Pernah kau tanya kenapa aku pergi tinggalkan kau sendirian...
Aku ada jawapan pada pertanyaan itu,
cuma aku tak mahu kau tahu...

Aku pergi dari sisi bukan kerana aku membenci...
Aku hanya tak mampu mengerti...
Kasihnya kau pada aku...
Cintanya kau pada aku...

Cuma aku ini jenisnya mahu dimanjakan...
bukan sepanjang masa...
tapi cukuplah kau sekadar pandai mengambil hati...

Kau baik,
tapi kau jelik.

Jelik kerana kau buat aku sakit sampai mati.
Jiwa aku mati..
Tapi kau buat tak mengerti...

Sekarang,
Aku yang tanggung sakit yang aku sendiri cipta.
Sakitkan kau, aku yang terseksa.

Minta kau pulang, kau takkan mahu.

Sumpah.
Sakit sampai mati.

Saturday, July 24, 2010

Dia.


Kelibat itu kembali membuatkan aku rindu...
Rindu yang teramat...

Dengan lirik senyuman yang memikat...
Tapi aku hindar dari terikat..

Perlahan-lahan aku menapak pergi...
Bukan bermakna aku membenci...
Tapi aku tidak mampu untuk memerhati...

Sayupsayup terdengar gemersik suara si dia memanggil...
'haih. hati oh hati. kau perlu kuat. jangan toleh. takkan terubat.'


Sayang, jangan pergi. Terus disini. Di sisi.

Aku terus kaku, membatu diri...
Dan kelopak bibir hangat milik kamu yang aku damba itu...
Singgah di pipi milik aku...
Titisan air jernih tak mampu ku tahan...
Ku biar ianya menitis, perlahan-lahan...


Thursday, July 22, 2010

Dare to....



Dare to live until the very last
Dare to live forget about the past
Dare to live giving something of yourself to others
Even when it seems there's nothing more left to give


Tuesday, July 6, 2010

Selamat Kembali

Sudah lama tidak berblogging...
Bukan kerana lupa tetapi hanya sibuk kepada hal-hal yang lebih penting...

Oh ya, Aku sudah berada di semester dua.
Alhamdulillah, keputusan peperiksaan baik-baik sahaja.

Tidak lambat untuk aku mengucapkan Selamat Kembali Belajar kepada mereka-mereka yang menyambung pelajaran.
Kepada sesiapa yang tidak mendapat tempat di mana-mana tempat yang kamu inginkan, jangan putus asa.
Cuba lagi di kemudian hari.
Rezeki ada dimana-mana asalkan kamu berusaha.
:)


Monday, May 17, 2010

Ceritera Citra

Ceritera Citra yang bisa buat aku cair...
Bisa buat aku beraspirasi untuk melakukan apa sahaja..
Bisa aku menyerahkan seluruh atma...

Semangat dan keinginan aku terus berasimilasi...
Peduli apa dengan dengan merekamereka yang bercekak itu...
Peduli apa dengan mereka yang bercempera itu...
*Persetankan sahaja*

Sekali kau bisa buat aku menoleh dua kali...
Sekali kau bisa buat aku merasa jengkel dengan kamu...
Sekali kau bisa buat aku berginjat dengan perlahanlahan..
Sekali kau bisa bertanjak dengan gayamu tersendiri...

Sekali kau cekatan dengan sesuatu yang kau lakukan...
Sekali kau bisa menepis fazihat yang dilemparkan kepada kau...
Sekali kau bergelodak tiada tepian..
Sekali kau menjadi lindapan...

Seumur hidup aku kagum dengan kau...
Sungguh..
Aku kagum.

*senyum*



Tiada ilusi yang sesuai untuk aku gambarkan kekaguman aku kepada kamu.
Kerana tiada ilusi yang dapat mempamerkan rase kagum aku yang teratas.
Kamu.Aku kagum.Sungguh.
:)

Sunday, May 9, 2010

Lambakkan Rindu Dendam


Lama bukan aku tidak berkongsi rasa cintakasihsayang dan benci?
niatku membuakbuak..
cuma...
oh, tiada pape.
aku hanya sibuk dengan halhal dunia...
:)

buat permulaan, semuanya enak..
oh, mungkin ada sesuatu ketika aku rase hidup ini seperti sebumbung dengan bajingan...
tapi tidak di pedulikan semua itu..
aku hanya meneruskan hidup..
menikmati indahnya dunia...
menghargai mereka yang aku gelar kawan, sahabat, adikabangkakak...

oh. tidak lupa juga pada insan itu...

hey, terima kasih kerana sudi menemani aku ya.
terima kasih sebab sudi membiarkan dirimu diculik oleh aku...
tiada salahnya jika aku kata yang aku mungkin sudah jatuh cinta dengan kamu.
jatuh cinta kerana cinta itu adalah kamu.

tapi aku bimbang seandainya cinta itu adalah kerana kehadiran kamu umpama bulan di kala kegelapan...
jadi aku mentafsirkan cinta aku kepada kamu seperti cinta seorang sahabat...
*senyum*

Nah, setiap kali ada sahaja ceritera tentang dia...
susah menjadi aku.
aku mudah menyayangi orang lain.
sayang sehingga kadang kala aku lupa tentang kepentingan diri sendiri.

oh ya, kepada temanteman yang membaca...
terima kasih kerana sudi hadir..
tinggalkan jejak agar senang untuk aku kembali menziarahi kamu.

Friday, March 19, 2010

Si Puitis Vampire

Saya telah kehilangan sumber inspirasi saya...
ada sesiapa yang boleh kembalikannya kepada saya??
saya betul2 memerlukannya...
*sedih/sebak*

Pulangkan rakan saya, si puitis vampire...
saya perlukan dia...
:(


Friday, February 19, 2010

Hopeless

simpan dalam hati andainya ia menyakitkan...
jangan diharap orang lain mengerti...

simpan segala rasa sekalipun ianya menyakitkan...
kerna kamu sedar akan tahap kesakitan itu...

mahu diluahkan atau mahu disimpan sahaja segala rasa itu??

Entah, aku sendiri terkeliru...
keliru pada perasaan ini...
jelik juga jika seringkali ia datang menghampiri...

tapi apa yang boleh aku lakukan?

nyatakan pada mereka tentang rasa ini?

ataupun aku harus membina satu dewan inspirasi agar merekamereka ini bangun menyanjung rasarasa kesakitan ini?

ataupun aku harus menyediakan medanmedan perbalahan kata yang hanya akan membinasakan mereka?

tepuk dada, tanya selera.




Wednesday, January 20, 2010

tahantahan si air mata

tahantahan si air mata...
jangan mengalir kerana duka.

tahantahan tidak terkata...
biar hati telah terluka.

tahantahan...
kalau kau ikhlas..
kalau kau bersangka baik...
Tuhan bersama kamu...

Nah, telah dianugerahkanNya satu keajaiban...
keajaiban yang tak pernah terlintas langsung di fikiranmu...

Terima kasih Tuhan..

Terima kasih juga untuk kamu, kamu dan juga kamu...
tanpa kamu, kamu dan kamu..
tidak tahu apa yang akan berlaku.
:)


Saturday, January 16, 2010

Kejelikkan Abadi

Pengabdian diri pada sesuatu yang tidak pasti.
Penjelekkan hati yang tidak mungkin dapat ditandingi.

Terusterusan mengharapkan darinya dikosongkan hati,
Namun jangkauan dan genggaman hilang patri,
Terlepas sudah syurga duniawi...

Kekesalan kerana mengharapkan mu?

Tidak pernah kesal, mungkin.

Fin.


Friday, January 15, 2010

Abai diri, Makan hati

simpan diamdiam, eraterat...
agar tiada siapa pun yang akan tahu...

tahu akan perasaan kamu...
idea kamu...
sayang dan kasih kamu...
atau mungkin juga cinta kamu...

simpan dan buang jauhjauh...
jauh hingga ke hujung dunia...
atau lenyap di telan segitiga bermuda...
agar kau akan hilangkan semua rasa yang memegang erat dirimu....




Sunday, January 10, 2010

Sialan diri yang tiada henti

duduk diamdiam dalam sengsara itu...
kerana itu yang kau harapkan...
langsung tidak memikirkan kehendak dan keperluan diri....
asyik berada di takuk lama...
sampai bila?
sampai mati!

cukup pandai untuk memberi katakata nasihat pada orang lain tetapi tidak pernah pun kau memberi dorongan pada diri sendiri.

sungguh sial kamu ini!



Tuesday, January 5, 2010

Kesuntukkan yang terbatas

keterbatasan waktu...
kesuntukan tenaga...
seringkali terjadi...
namun harus jua ditempuhi...


Saturday, January 2, 2010

Pembalasan bagi sebuah kepenatan

kepenatan yang tidak berpenghujung...
ku kira ada hadiah disebaliknya...
dan aku harap...
hadiah ini bukan sahaja akan membahagiakan aku...
malah akan turut membahagiakan semua orang disekelilingku.



oh ya, teman, Selamat Tahun Baru. Moga tahun ini akan menjadi lebih baik untuk kamu.
:)